MGPerak: Perak Giat Bangun Tiga Projek Di Batang Padang Di Bawah Pelan Perak Sejahtera 2030

265

IPOH – Kerajaan Negeri Perak sedang giat merancang dan membangunkan tiga projek pembangunan melibatkan Daerah Batang Padang, di bawah inisiatif Pelan Perak Sejahtera 2030.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia membabitkan Pembangunan Bandar Baru Tapah Road, Kompleks Perniagaan Bidor Sentral serta Bandar Integrasi Hub Getah Bidor atau ‘Bidor Glove City’.

Katanya, rancangan Pembangunan Bandar Baru Tapah Road merupakan sebahagian daripada Rancangan Tempatan Daerah Batang 2035 di bawah skop Perak Sejahtera 2030.

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini