MGPerak: Projek Pembinaan Lebuh Raya WISE Diluluskan Kabinet – MB Perak

232

IPOH – Kabinet telah meluluskan projek pembinaan Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) yang menghubungkan antara Gopeng dengan Kuala Kangsar pada Rabu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau difahamkan projek jajaran lebuh raya sepanjang 60 kilometer (km) itu dilaksanakan secara Inisiatif Kewangan Swasta (PFI).

Kata beliau, justeru itu kerajaan negeri bersedia untuk mempermudahkan urusan bagi pelaksanaan projek berkenaan termasuk daripada aspek perolehan tanah oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini