Perak rancang bangunkan makmal NR-REE di Simpang Pulai

IPOH – Kerajaan Negeri Perak sedang dalam perancangan untuk membangunkan makmal nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di kawasan perindustrian di Simpang Pulai dekat sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Sarani Mohamad berkata, lokasi itu dipilih kerana ia merupakan milik Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) yang juga merupakan antara agensi bertanggungjawab terhadap pembangunan projek NR-REE di negeri ini.

Beliau berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada kelulusan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang sebelum ini daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).

“Kertas kerja berkaitan pembangunan makmal itu kita telah serahkan kepada pihak kementerian dan mudah-mudahan proses (kelulusan) ini berjaya serta kita dapat mulakan.

“Makmal ini dikongsi bersama antara MB Inc, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) serta Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP),” katanya.

makmal NR-REE simpang pulai perak saarani menteri besar perak saarani mohamad makmal NR-REE simpang pulai perak saarani menteri besar perak saarani mohamad
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan ucapan perasmian Perak Economic Outlook 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 14 DISEMBER 2023.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada forum Perak Economic Outlook 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Khamis.

Forum yang dihadiri 700 peserta itu dianjurkan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Institut Darul Ridzuan (IDR) bersama agensi dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

Ia bertujuan beri fokus kepada usaha untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri seperti digagaskan dalam Perak Sejahtera 2030.

makmal NR-REE simpang pulai perak saarani menteri besar perak saarani mohamad makmal NR-REE simpang pulai perak saarani menteri besar perak saarani mohamad
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad ketika ditemui media selepas menyampaikan ucapan perasmian Perak Economic Outlook 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 14 DISEMBER 2023.

Terdahulu ketika berucap pada majlis, Saarani berkata, ketika ini hasil mineral yang diperolehi daripada projek NR-REE di Gerik itu terpaksa dibawa ke Negara China untuk diuji kaji dan diproses.

“Pembangunan makmal ini begitu signifikan setelah kita melihat keperluan aktiviti pemprosesan hasil mineral NR-REE bagi menyokong industri hiliran di Malaysia khususnya di Perak,” ujar beliau lagi.

Pada Oktober lalu, Saarani dilaporkan berkata, kerajaan negeri berhasrat membina makmal NR-REE yang pertama di Malaysia yang berperanan khusus dalam mengendalikan uji kaji melibatkan unsur nadir bumi.

Katanya, kerajaan negeri turut telah mengemukakan cadangan tiga lokasi bagi membuka kilang mengasingkan elemen mentah mineral itu di negeri ini kepada Kerajaan Persekutuan.-MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak kemuka cadangan tiga lokasi pembinaan kilang lantanid

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI