IPOH – Hospital Pakar KPJ Ipoh menyasarkan pelaksanaan sekurang-kurangnya sebanyak 600 pembedahan penggantian sendi lutut melalui kaedah teknologi canggih dalam tempoh dua tahun.
Ketua Pegawai Operasi KPJ Healthcare Bhd, Datuk Mohamad Farid Salim berkata, menerusi kaedah robotik Robot Penggantian Sendi Lutut CUVIS (CUVIS Joint), ia menjadikan hospital berkenaan merupakan yang pertama di negara ini mempunyai teknologi tersebut. – MGPerak