MGPerak: Sultan Nazrin Titah Terus Usaha Teroka Tingkatkan Hasil Perak, Hemat Berbelanja

210

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah usaha meningkatkan kutipan hasil negeri akan terus diterokai sementara perbelanjaan dikawal secara berhemat.

Baginda bertitah, kutipan hasil Negeri Perak pada 2024 merekodkan angka melebihi sasaran mencecah RM1.33 bilion dengan peningkatan berjumlah RM118 juta berbanding tahun sebelumnya.

Titah Sultan Nazrin, untuk tempoh tiga tahun berturut-turut, kerajaan Perak berjaya menutup Akaun Hasil Disatukan dengan kedudukan surplus; mencatatkan surplus (sebelum diaudit) sebanyak RM45.6 juta pada 31 Disember 2024. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini