MGPerak: Syukur Allah Hantarkan Orang Baik Pada Kami – Mangsa Kemalangan Tiga Kenderaan

208

Mangsa kemalangan yang membabitkan tiga kenderaan di Batu 6, Jalan Tanjung Tualang, di Batu Gajah, Sabtu lepas bersyukur apabila dia sekeluarga terselamat daripada nahas itu.

Mohd Khairil Azlan Abdul Rahman, 38, berkata walaupun ia disifatkan sebagai peluang kedua namun dia dan isteri, Nur Azlinda Abu Kassim, 34, kini mengalami kecederaan yang agak serius.

Mohd Khairil berkata, kemalangan pada petang Sabtu itu mengakibatkan dia mengalami sakit pada bahagian pinggul, sementara isteri patah tulang belakang manakala anak Muhammad Zawawi Khalid, 8 dan Nur Khairina Aazeen setahun, masing-masing mengalami luka pada bahagian kepala.

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini