MGPerak: Tempahan Baju Raya Masih Jadi Pilihan Pelanggan

218

Walaupun pelanggan pada masa kini dilihat lebih cenderung membeli pakaian siap dipakai (ready to wear) sama ada secara dalam talian, butik mahupun di pusat membeli belah, namun terdapat pelanggan yang masih mengekalkan tradisi menempah baju raya dengan tukang jahit.

Lazimnya, pelanggan yang memilih untuk menempah baju dengan tukang jahit amat mementingkan kualiti yang terbaik serta lebih selesa mengikut fesyen serta citarasa sendiri.

Tinjauan Malaysia Gazette Perak (MG Perak) mendapati kebanyakan tukang jahit sedang giat menyiapkan tempahan pelanggan dan tidak lagi menerima tempahan baharu kerana bimbang tidak dapat disiapkan menjelang hari raya. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini