Misteri Kellie’s Castle masih jadi tarikan

BATU GAJAH – Walau usianya menjangkau lebih dari 100 tahun, Kellie’s Castle atau Istana Kellie dilihat masih tersergam indah di atas sebuah bukit di Jalan Gopeng, dekat sini.

Malah, bangunan tiga tingkat separuh siap yang dimiliki peladang getah kelahiran Scotland, William Kellie Smith itu sering menerima kehadiran sehingga 5,000 pengunjung dari dalam dan luar negeri, terutama pada musim cuti persekolahan.

KELLIES CASTLE batu gajah istana kellies seram entiti pelancongan perak pelancongan seram dark tourism perak dark tourism malaysia kellies castle batu gajah KELLIES CASTLE batu gajah istana kellies seram entiti pelancongan perak pelancongan seram dark tourism perak dark tourism malaysia kellies castle batu gajah
Pelancong meluangkan masa dengan mengunjungi tempat bersejarah Kellie’s Castle yang terletak di Batu Gajah bagi melihat keindahan seni bina istana tersebut.
Kellie’s Castle mula dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka warga Scotland iaitu William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat ini dibina mengikut reka bentuk istana Moghul di India. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 NOVEMBER 2023.

Di sebalik keindahan seni bina campuran Mughal-Moorish, Indo Gothic-Greco Roman dan Timur-Barat itu, kisah cinta antara Smith dan isterinya, Agnes juga menjadi salah satu tarikan pengunjung ke situ.

Selain itu, kisah-kisah misteri dan seram yang menyelubungi di segenap sudut Istana Kellie itu juga menjadi daya tarikan sehingga ia dikenali sebagai salah satu lokasi ‘dark tourism’ atau pelancongan seram di rantau ini.

KELLIES CASTLE batu gajah istana kellies seram entiti pelancongan perak pelancongan seram dark tourism perak dark tourism malaysia kellies castle batu gajah KELLIES CASTLE batu gajah istana kellies seram entiti pelancongan perak pelancongan seram dark tourism perak dark tourism malaysia kellies castle batu gajah
Pelancong meluangkan masa dengan mengunjungi tempat bersejarah Kellie’s Castle yang terletak di Batu Gajah bagi melihat keindahan seni bina istana tersebut.
Kellie’s Castle mula dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka warga Scotland iaitu William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat ini dibina mengikut reka bentuk istana Moghul di India. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 NOVEMBER 2023.

Pengurus Besar Istana Kellie, Zamari Muhyi berkata, pihaknya mendapat reaksi yang positif apabila inisiatif pelancongan seram yang diusahakan di Istana Kellie dibentangkan di hadapan 400 ahli Persatuan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) dalam satu acara secara maya pada tahun 2020.

“Ketika itu pihak Tourism Malaysia menyenaraikan Istana Kellie sebagai salah satu lokasi pelancongan seram di negara ini selepas di Pulau Pinang.

“Kami mendapat reaksi yang baik daripada ahli PATA yang mana saya jelaskan bahawa Istana Kellie merupakan kawasan yang selamat dan mudah diakses buat pengunjung untuk merasai pengalaman pelancongan seram di sini,” katanya ketika ditemui MG Perak.

Pengurus Besar Kellie’s Castle, Zamari Muhyi. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 NOVEMBER 2023.

Menurutnya, Istana Kellie yang pernah terbiar sebelum ini mula dipulihara dan ditambah baik dengan pembinaan surau, teater mini, tempat letak kenderaan, dan kaunter tiket melalui penyaluran dana RM3.2 juta oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pada tahun 2013.

Jelasnya, walaupun usaha memulihara bangunan bersejarah itu giat dijalankan namun, kisah seram dan dakwaan penampakan entiti seram di situ masih meniti di bibir pengunjung.

KELLIES CASTLE batu gajah istana kellies seram entiti pelancongan perak pelancongan seram dark tourism perak dark tourism malaysia kellies castle batu gajah KELLIES CASTLE batu gajah istana kellies seram entiti pelancongan perak pelancongan seram dark tourism perak dark tourism malaysia kellies castle batu gajah
Pelancong meluangkan masa dengan mengunjungi tempat bersejarah Kellie’s Castle yang terletak di Batu Gajah bagi melihat keindahan seni bina istana tersebut.
Kellie’s Castle mula dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka warga Scotland iaitu William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat ini dibina mengikut reka bentuk istana Moghul di India. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 NOVEMBER 2023.

Ekoran itu Zamari, menambah inisiatif ‘night tour’ atau lawatan pada waktu malam ke Istana Kellie yang dimulakan pada tahun 2017 menerima respons positif terutama kepada pelancong yang ingin merasai suasana seram di situ.

Katanya, melalui lawatan pada waktu malam, pengunjung akan ditinggalkan secara berpasangan dalam satu tempoh masa panjang, dan tanpa alat pencahayaan di beberapa lokasi yang didakwa sering kelihatan kemunculan entiti seram.

Pelancong meluangkan masa dengan mengunjungi tempat bersejarah Kellie’s Castle yang terletak di Batu Gajah bagi melihat keindahan seni bina istana tersebut.
Kellie’s Castle mula dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka warga Scotland iaitu William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat ini dibina mengikut reka bentuk istana Moghul di India. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 NOVEMBER 2023.

“Pernah kita menganjurkannya sebelum ini dan ada dalam kalangan 200 pengunjung mendakwa mendengar bisikan, merasa bagai ditampar angin, pakaian ditarik dan sebagainya.

“Walau bagaimanapun setakat ini tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku dalam kalangan mereka,” katanya lagi.

KELLIES CASTLE batu gajah istana kellies seram entiti pelancongan perak pelancongan seram dark tourism perak dark tourism malaysia kellies castle batu gajah KELLIES CASTLE batu gajah istana kellies seram entiti pelancongan perak pelancongan seram dark tourism perak dark tourism malaysia kellies castle batu gajah
Pelancong meluangkan masa dengan mengunjungi tempat bersejarah Kellie’s Castle yang terletak di Batu Gajah bagi melihat keindahan seni bina istana tersebut.
Kellie’s Castle mula dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka warga Scotland iaitu William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat ini dibina mengikut reka bentuk istana Moghul di India. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 NOVEMBER 2023.
Pelancong meluangkan masa dengan mengunjungi tempat bersejarah Kellie’s Castle yang terletak di Batu Gajah bagi melihat keindahan seni bina istana tersebut.
Kellie’s Castle mula dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka warga Scotland iaitu William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat ini dibina mengikut reka bentuk istana Moghul di India. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 NOVEMBER 2023.

Ujarnya lagi, sebagai menyambut Tahun Melawat Perak 2024, pihaknya bakal menganjurkan Festival Seram pada Oktober dengan memperkenalkan slot bermalam di Istana Kellie kepada pengunjung yang berminat.

Selain itu, Zamari berkata, acara Istana Kellie Bertanjak juga akan diteruskan pada 16 September tahun hadapan dengan memberi peluang pelancong untuk mengenakan busana Melayu Tradisional.

“Pada tahun hadapan juga, kita merancang untuk menganjurkan acara tahunan Pekan Kartun yang mana ia memasuki siri penganjuran yang ke-10 pada tahun hadapan,” katanya. -MG Perak.

Artikel Berkaitan:

Perak hasrat jadi hab pelancongan kesihatan menjelang 2025

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI