MMA sumbang beg cenderahati kepada pesakit cilik PCSH sempena Deepavali

IPOH – Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyampaikan sumbangan beg cenderahati kepada pesakit di wad pediatrik Hospital Pakar Komuniti Perak (PCSH) sempena perayaan Deepavali yang disambut hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PCSH, Nicholas Chan berkata, beg cenderahati tersebut diberikan kepada 26 pesakit kanak-kanak yang menerima rawatan di hospital berkenaan.

Menurutnya, seiring dengan semangat pesta cahaya dan perpaduan, sumbangan tersebut secara tidak langsung membawa keceriaan kepada kanak-kanak terbabit.

“Kegembiraan yang terpancar di wajah kanak-kanak terbabit jelas menunjukkan pemberian tersebut amat bermakna buat mereka.

MMA sumbang beg cenderahati kepada pesakit cilik PCSH sempena Deepavali
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dengan kerjasama Hospital Pakar Komuniti Perak (PCSH) menyampaikan sumbangan beg cenderahati kepada pesakit di wad pediatrik pusat perubatan tersebut sempena perayaan Deepavali yang disambut hari ini. Foto Ihsan PCSH

“Tugas kami bukan setakat merawat dan menjaga pesakit menerusi perkhidmatan perubatan yang disediakan malah kami turut menerapkan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam kalangan pesakit di hospital ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, pihaknya amat berbesar hati atas kerjasama yang diberikan MMA yang  menunjukkan komitmen untuk mencipta detik bermakna bagi pesakit dan keluarga mereka terutamanya sempena musim perayaan.

“Kami berharap pemberian sumbangan ini tidak terhenti pada pesta cahaya sahaja malah ia akan diteruskan pada perayaan lain yang disambut di Malaysia,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

PM ajak rakyat hayati semangat cahaya Deepavali

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI