MPKK, TNB tanam 300 anak pokok di Persisiran Sayong

KUALA KANGSAR – Menyedari kepentingan pokok dalam mengimbangi ekosistem alam semulajadi, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil inisiatif menanam 300 anak pokok spesis nadir dan hutan tempatan di Persisiran Sayong, di sini.

Yang Dipertua MPKK, Dr Sakduddin Zamli berkata, anak-anak pokok ini ditanam bersempena Program Merimbun Kehijauan 2023 yang berlangsung di daerah ini.

Menurutnya, program tersebut adalah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) TNB yang bertujuan melestarikan Kuala Kangsar serta membina alam sekeliling yang indah dan sejahtera.

“Inisiatif dan kerjasama daripada TNB ini amat kita hargai dan galakkan kerana beberapa agenda di dalam matlamat pembangunan lestari (SDG) berjaya dicapai.

“Antara matlamat tersebut termasuklah bandar dan masyarakat mampan, tindakan iklim, kehidupan di darat dan kerjasama demi matlamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Hadir sama, Pengurus Besar TNB Perak, Datuk Ir Sharuddin Mohd Simin, Setiausaha Perbandaran, Saiful Azli Mohamed Nor, Ahli Majlis MPKK serta 18 agensi sekitar daerah Kuala Kangsar.

Sakduddin berkata, pada tahun 2020, TNB telah menyumbangkan 633 anak pokok semepna program ‘Three for a Tree’ yang ditanam di sekitar daerah ini.

“Bagi tahun ini pula, 300 anak pokok yang disumbangkan ditanam di Persisiran Sayong, Kuala Kangsar.

“Antara jenis pokok yang ditanam adalah ficus racemosa, tabebuia sp, syzygium malaccense, mesua ferrea, garcinia nigrolineata, syzygium cumini, fagraea fragrans, tristania sp dan lepisanthes alata,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pokok Kita Kehidupan Kita – Banci Pertanian 2024

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI