Nelayan ditahan ketika leka mendaratkan bubu naga

PARIT BUNTAR – Seorang nelayan yang leka mendaratkan bubu naga ditahan Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kurau di kedudukan di kedudukan 1.5 batu nautika barat daya muara Kuala Kurau pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, sebanyak 21 bubu naga dan sebuah bot gentian kaca dirampas oleh pasukan bot peronda Maritim Malaysia ketika dalam rondaan rutin di perairan Kerian dan Larut Matang.

“Sewaktu rondaan, anggota Zon Maritim Kuala Kurau menahan bot dan menemukan seorang nelayan tempatan berusia 42 tahun di dalam bot tersebut.

“Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati bot terbabit tidak memiliki lesen yang sah dan sebanyak 21 bubu naga turut ditemui di dalam bot berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kesemua barang rampasan bernilai RM1,500 termasuk nelayan terbabit dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Perikanan 1985 kerana mengendalikan atau membenarkan dikendalikan apa-apa vesel perikanan tanpa lesen yang sah serta Seksyen 11(3)(c) akta sama iaitu memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa lesen yang sah,” jelasnya. – MG Perak

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI