Ops Mahir: 175 warga asing ditahan dalam operasi di Ipoh

IPOH – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 175 warga asing yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan dalam operasi ‘Ops Mahir’ di tiga lokasi berasingan termasuk di Bercham, di sini pada Jumaat.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, tangkapan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) itu dibuat selepas pihaknya memeriksa 305 pekerja dalam operasi yang bermula pada jam 7 malam.

Beliau berkata, operasi berkenaan melibatkan sebuah kilang papan, kilang sarung tangan dan medan selera dengan majoriti yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh selain warga Myanmar dan Vietnam.

Ops Mahir 175 warga asing ditahan Keyphrase synonyms: 175 PATI ditahan Ops Mahir, Imigresen tahan warga asing di Ipoh, operasi Imigresen di Ipoh, tangkapan PATI Ops Mahir Related keyphrase: Ops Mahir Imigresen Perak PATI ditahan di Ipoh Jabatan Imigresen Malaysia tahan warga asing PLKS palsu dikesan Imigresen operasi penguatkuasaan Imigresen
Anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan warga asing dalam operasi ‘Ops Mahir’ di sebuah kilang papan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 04 SEPTEMBER 2026.

“Antara kesalahan yang dikesan ialah bekerja tanpa dokumen atau permit yang sah. Ada juga yang memiliki permit tetapi bekerja di syarikat berlainan daripada yang dinyatakan dalam dokumen mereka

“Dan kesemua perkara itu menjadi kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam sidang media selepas operasi berkenaan kawasan perindustrian di Kanthan, Chemor di sini, pada Jumaat.

Ops Mahir 175 warga asing ditahan Keyphrase synonyms: 175 PATI ditahan Ops Mahir, Imigresen tahan warga asing di Ipoh, operasi Imigresen di Ipoh, tangkapan PATI Ops Mahir Related keyphrase: Ops Mahir Imigresen Perak PATI ditahan di Ipoh Jabatan Imigresen Malaysia tahan warga asing PLKS palsu dikesan Imigresen operasi penguatkuasaan Imigresen
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban pada sidang media dalam operasi ‘Ops Mahir’ di tiga lokasi berasingan sekitar Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 04 SEPTEMBER 2026.

Dalam perkembangan sama, Zakaria berkata, JIM turut mengesan beberapa kes membabitkan penggunaan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu yang dipercayai diperoleh menerusi khidmat ejen.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti modus operandi kegiatan berkenaan serta mengesan sindiket yang terlibat dalam pengeluaran dokumen palsu itu.

“Kemungkinan terdapat majikan-majikan yang menggunakan khidmat ejen untuk mendapatkan PLKS palsu dan perkara ini memerlukan siasatan lanjut.

“Kita akan menyiasat bagaimana modus operandi itu berlaku serta pihak yang terlibat dalam sindiket pengeluaran dokumen tersebut,” jelasnya.

Ops Mahir 175 warga asing ditahan Keyphrase synonyms: 175 PATI ditahan Ops Mahir, Imigresen tahan warga asing di Ipoh, operasi Imigresen di Ipoh, tangkapan PATI Ops Mahir Related keyphrase: Ops Mahir Imigresen Perak PATI ditahan di Ipoh Jabatan Imigresen Malaysia tahan warga asing PLKS palsu dikesan Imigresen operasi penguatkuasaan Imigresen
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban memeriksa warga asing dalam operasi ‘Ops Mahir’ di tiga lokasi berasingan sekitar Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 04 SEPTEMBER 2026.

Menurut beliau, imigresen akan meneruskan operasi penguatkuasaan secara meluas di seluruh negara berikutan kebimbangan masyarakat terhadap isu kebanjiran PATI.

Tegasnya, pihak yang melakukan kesalahan termasuk majikan yang didapati menggaji pekerja asing dengan secara tidak sah akan disiasat dan dikenakan tindakan sewajarnya.

“Bagi mereka (warga asing) yang berada (dalam negara ini) secara sah, kita tidak akan mengambil tindakan. Akan tetapi terhadap mereka yang melakukan kesalahan, kita tidak akan berkompromi termasuk majikan yang menggaji mereka secara tidak sah,” katanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Toyota Alphard antara 206 kenderaan dipandu warga asing disita JPJ

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI