Papan layak diiktiraf Tapak Warisan Dunia

BATU GAJAH – Pekan Papan yang terletak di dalam daerah Batu Gajah antara lokasi yang layak diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Kawasan yang berusia lebih 100 tahun dengan keluasan lebih 28.7 hektar itu majoritinya didiami penduduk terdiri daripada kaum Cina.

Pernah diberi julukan ‘pekan hantu’, Papan mempunyai pelbagai tarikan menarik antaranya Istana Billah, lorong lukisan lantai, Galeri Warisan Papan, pokok banyan yang berakar di dinding, Masjid Papan serta Sybil Kathigasu Memorial.

Papan ‘layak diangkat‘ sebagai Tapak Warisan Dunia
Pekan Papan, Batu Gajah. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 DISEMBER 2024.

Ahli Lembaga Eksekutif Majlis Antarabangsa bagi Monumen dan Tapak Warisan (ICOMOS) Malaysia, Dr Goh Ai Tee berkata, menariknya pekan tersebut adalah keaslian dari segi latar belakang sejarah di samping mempunyai nilai warisan yang tinggi.

Menurutnya, selain itu, papan adalah sebuah bandar yang menjalankan perlombongan bijih timah serta banyak membantu dari segi ekonomi bagi pembangunan setempat.

“Pada masa itu, kawasan tersebut sering diganggu komunis atas faktor ekonomi kerana ia menjadi kawasan perlombongan bijih yang utama.

“Bagaimanapun, industri perlombongan bijih timah mula merosot sekitar tahun 1970-an dan 1980-an. Akibat peristiwa tersebut, bandar ini tidak berkembang dalam tempoh 50 tahun yang lalu,” katanya.

Papan ‘layak diangkat‘ sebagai Tapak Warisan Dunia
Ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan ICOMOS Malaysia, Dr Goh Ai Tee pada temubual bersama media selepas meninjau bangunan-bangunan dan dokumen-dokumen lama peninggalan zaman jajahan British di Pekan Papan, Batu Gajah, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 DISEMBER 2024.

Beliau berkata demikian kepada media selepas meninjau lokasi di sekitar Pekan Papan bersama beberapa wakil daripada Muzium Perang Imperial (IWM) di sini pada Jumaat.

Dalam perkembangan berkaitan, Ai Tee berkata, Papan adalah salah satu contoh kampung baru yang baik terletak di dalam bandar lama.

“Proses kerja-kerja utama seperti penyenaraian dan pengumpulan data adalah sangat mahal serta memakan masa yang panjang. Jadi, untuk melakukan penyenaraian ini, kami perlu memilih yang terbaik.

Papan ‘layak diangkat‘ sebagai Tapak Warisan Dunia
Wakil dari Majlis Antarabangsa bagi Monumen dan Tapak Warisan (ICOMOS) Malaysia dan Muzium Perang Imperial (IWM) dari London meninjau bangunan-bangunan dan dokumen-dokumen lama peninggalan zaman jajahan British di Pekan Papan, Batu Gajah, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 DISEMBER 2024.

“Kami telah berusaha untuk mengusahakan senarai kampung baru yang berpotensi untuk diiktiraf selama tiga tahun lalu dan berharap akan mendapat pengiktirafan dari kerajaan negeri dan persekutuan,” ujarnya.

Pada Jun tahun lalu, sebanyak tujuh daripada 613 kampung baru di seluruh negara terpilih dalam pencalonan untuk diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming, berkata tujuh kampung itu dipilih oleh Jabatan Warisan berdasarkan kelayakan yang membolehkan tersenarai dalam pencalonan berkenaan.

Papan ‘layak diangkat‘ sebagai Tapak Warisan Dunia
Penyelia Muzium Perang Imperial (IWM) London, Carl Warner pada temubual bersama media selepas meninjau bangunan-bangunan dan dokumen-dokumen lama peninggalan zaman jajahan British di Pekan Papan, Batu Gajah, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 DISEMBER 2024.

Sementara itu, Principal Curator of IWM, Carl Warner memaklumkan IWM di London akan menganjurkan pameran bertajuk, ‘Emergency Exits’ yang dijangka diadakan pada Oktober 2025.

Menurutnya, pameran itu akan menampilkan kisah rakyat Malaysia yang berkongsi pengalaman mereka sewaktu zaman darurat. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak anjur program pelancongan warisan dan patriotik pertama di Malaysia

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI