Pelajar sekolah, IPT antara yang diperiksa dalam Op Bersepadu Motosikal di Ipoh

IPOH – Pelajar sekolah menengah, institusi pengajian awam dan swasta antara 199 individu yang diperiksa pihak polis selepas disyaki menunggang motosikal secara berbahaya dalam Op Bersepadu Motosikal yang dijalankan di Jalan Jelapang-Silibin di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, kesemua mereka berusia antara 14 hingga 45 tahun itu diperiksa bersama 157 motosikal dalam operasi yang bermula dari jam 12 tengah malam sehingga 11.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 57 buah motosikal telah disita atas kesalahan di bawah Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Manakala seorang lelaki warga tempatan turut ditahan atas kesalahan menunggang motosikal secara melulu dan membahayakan di bawah Seksyen 42 (1) akta yang sama,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Operasi bersepadu Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak itu melibatkan 80 pegawai dan anggota, 14 pegawai dan anggota Bukit Aman, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) (11), Jabatan Alam Sekitar (JAS) (enam), serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perak (enam).

Op Bersepadu Motosikal Ipoh Keyphrase Synonyms operasi motosikal di Ipoh Op Motosikal Polis Perak operasi samseng jalanan Ipoh pemeriksaan motosikal di Jalan Jelapang-Silibin operasi bersepadu polis motosikal Related Keyphrase Pelajar sekolah diperiksa dalam Op Bersepadu Motosikal 57 motosikal disita di Ipoh Polis Perak perangi samseng jalanan Operasi motosikal Jalan Jelapang-Silibin 306 saman trafik dikeluarkan di Ipoh
Pihak polis sedang melakukan pemeriksaan ke atas 199 individu bersama 157 motosikal selepas disyaki menunggang motosikal secara berbahaya dalam Op Bersepadu Motosikal yang dijalankan di Jalan Jelapang-Silibin, Ipoh. Foto PDRM

Mohd Alwi berkata, dalam operasi sama, polis juga berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes curi motosikal mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Selain itu kata beliau, operasi berkenaan turut membawa kepada penahanan lima individu selepas disyaki positif dadah jenis methamphetamine, tetrahydrocannabinol (THC) dan morfin

“Dalam operasi yang sama, sebanyak 306 saman trafik telah dikeluarkan, manakala JAS mengeluarkan empat kompaun dan notis atas pelbagai kesalahan yang dikesan,” katanya lagi.

Menurut Mohd Alwi, operasi seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang khususnya terhadap samseng jalanan di negeri ini.

“Ia juga merupakan antara usaha Polis Kontinjen Perak untuk mengurangkan kemalangan jalan raya serta membantu mencegah jenayah jalanan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas bagi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya,” jelasnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Konvoi motosikal ke LTSIP, Anthony Loke arah JPJ adakan sekatan jalan raya

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI