Pemandu maut, traktor mini angkut sawit terbalik dalam parit

PASIR SALAK – Seorang pemandu traktor mini warga Indonesia maut selepas kenderaan dipandunya terbalik di belakang Masjid Kampung Sungai Ranggam, di sini pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.51petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kita mendapati kemalangan melibatkan sebuah traktor mini yang digunakan untuk mengangkut buah sawit telah terbalik ke dalam parit.

Pemandu maut, traktor mini angkut sawit terbalik dalam parit
Seorang pemandu traktor mini warga Indonesia maut selepas kenderaan dipandunya terbalik dalam kejadian kemalangan di belakang Masjid Kampung Sungai Ranggam, Kampung Gajah pada Sabtu. Foto JBPM Perak

“Mangsa, seorang lelaki warga Indonesia berusia 25 tahun yang memandu traktor tersebut didapati tersepit dan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,“ katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

“Ketua operasi kemudian menjalankan penilaian situasi (size-up) dan mengarahkan anggota membuat pemantauan di kawasan sekitar.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak polis dan diserahkan kepada mereka untuk tindakan lanjut. Operasi tamat jam 3.15 petang,“ ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pemandu maut, seorang parah dalam nahas dua kenderaan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI