Pemimpin, negara Islam wajib bersatu dukung usaha bela Palestin – Khutbah Perak

IPOH – Pemimpin, umat dan negara-negara Islam wajib untuk bersatu pendirian dalam mendukung usaha membela rakyat Palestin susulan susulan serangan bertalu-talu oleh rejim Israel ke atas negara itu.

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menerusi teks khutbah Jumaat berkata ini kerana usaha untuk mempertahankan Palestin khususnya masjid ketiga termulia dalam Islam, Masjid al-Aqsa merupakan tanggungjawab keagamaan.

Justeru ujarnya penderitaan yang menimpa rakyat di Palestin itu seharusnya dijadikan pengajaran selain umat Islam mempunyai tanggungjawab fardhu kifayah iaitu tanggungjawab kemanusiaan untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan penderitaan yang sedang mereka hadapi itu.

“Islam menyanjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan. Sebarang bentuk kezaliman yangmerobek nilai kemanusiaan tidak boleh diterima. Segala perbuatan yang menimpa umatIslam Palestin merupakan jenayah yang melanggar hak asasi manusia serta melampaui batas-batas kemanusiaan.

“Derita yang menimpa umat Islam Palestin seharusnya diinsafi, dan wajib dijadikan pengajaran oleh umat Islam. Puluhan tahun umat Islam di Palestin menanggung kesengsaraan dan penderitaan, hidup menghadapi tekanan dan dalam ketakutan; malah ramai yang kehilangan orang tersayang.

“Ketika umat Islam lainya dikurniakan nikmat keamanan serta berpeluang menjalani kehidupan yang sejahtera; nasib malang yang menimpa saudara seakidah di bumi Palestin, wajib diambil peduli dan dibela,” katanya.

Teks khutbah Jumaat bertajuk ‘Palestin dan Nilai Kemanusiaan’ itu dibacakan di semua masjid dan surau diri Jumaat di seluruh Negeri Perak, hari ini.

Di samping itu, dalam teks sama, Umat Islam diingatkan untuk menyelami dan berusaha untuk memahami tragedi yang sedang berlaku, serta ujian yang dialami oleh Umat Islam di bumi Palestin bagi dijadikan pengajaran.

Artikel berkaitan:

“Umat Islam baik yang kaya mahupun yang miskin hendaklah melakukan pengorbanan, membantu rakyat di bumi Palestin dengan menghulur sumbangan melalui pertubuhan misi kemanusiaan yang berdaftar dan dipercayai. Sumbangan juga boleh terus disalurkan ke Akaun Amanah Kemanusiaan Palestin di bawah seliaan Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya menerusi teks khutbah Jumaat.

Serangan tentera rejin Israel terhadap Palestin khususnya di Semenanjung Gaza menyaksikan puluhan ribu nyawa orang awam diragut termasuk dalam wanita dan kanak-kanak.

Terbaharu pada Selasa, sekurang-kurangnya 500 terkorban dalam serangan udara Israel ke atas Hospital Al-Ahli al-Arabi yang sesak dengan pesakit dan penduduk Palestin yang tumpang berteduh.

Serangan itu turut mengundang kecaman pelbagai pihak antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyifatkannya insiden paling berdarah sejak Israel melancarkan serangan balas dalam perang dengan Palestin.

Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Israel sebagai gila dan hilang perikemanusiaan susulan tindakan pengeboman hospital itu. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI