Pendaki Jaslinda ditemukan selamat

TAPAH – Misteri kehilangan Jaslinda Saludin, 49, ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih di sini, sejak 15 hari lalu terjawab apabila pendaki wanita itu dilaporkan selamat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, mangsa telah ditemukan berhampiran di Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu, Batu 8, Jalan Pahang, di sini, pada Sabtu.

Katanya, mangsa telah ditemukan oleh penduduk kampung yang dikenali sebagai Nazri Bah Eng kira-kira pada jam 3 petang.

“Nazri kemudian memaklumkan kepada anak saudaranya yang berada di Johor untuk melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa.

“Mangsa sekarang berada di rumah Tok Batin di Kampung Lubuk Gaharu,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Media sebelum ini melaporkan Jaslinda telah menyertai pendakian ‘Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain bersama dua malim gunung pada jam 2 pagi, 23 Mei lalu dengan melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Jaslinda bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, kemudian dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.

Bagaimanapun, pendaki wanita itu dikatakan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi pada 24 Mei. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

SAR Jaslinda: Beberapa barangan ditemukan, namun bukan milik mangsa

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI