Perak bangunkan platform digital bagi NGO mohon peruntukan

PASIR SALAK – Kerajaan Negeri Perak sedang membangunkan platform digital dalam memudahkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memohon peruntukan bagi melaksanakan sebarang aktiviti di negeri ini.

Exco Komunikasi Multimedia dan NGO Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi berkata, platform yang akan dikawal selia oleh pihak Digital Perak itu kini sudah disiapkan hampir 90 peratus.

“Sementara ini semua permohonan peruntukan dihantar secara manual bersama surat permohonan ke pejabat saya untuk disemak sebelum diberi kelulusan.

“Namun kita kini sedang menyiapkan sebuah platform digital yang dijangka beroperasi Januari tahun hadapan yang mana pemohon tidak perlu lagi menulis surat selain menjimatkan masa dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menyempurnakan Seminar Semarak Malaysia Madani Peringkat Negeri Perak di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.

Mengulas lanjut Azlan Helmi berkata, pembangunan platform digital berkenaan bukan hanya melibatkan portfolio beliau malah juga kesemua Exco Kerajaan Negeri Perak.

Ujar beliau, ia bertujuan untuk memastikan tidak ada mana-mana NGO mengambil kesempatan dengan memohon peruntukan sama dengan Exco lain sehingga menutup peluang NGO-NGO lain.

“Platfom ini bukan semata-mata untuk protfolio saya sahaja tetapi semua Exco di Negeri Perak yang mana semua permohonan yang dikemukakan akan diselaraskan bagi mengelakkan permohonan bertindan.

“Kadang-kadang ada NGO dia tabur macam-macam jala dan hantar pada semua Exco, jadi kita hendak elak benda-benda macam ini kerana kita tahu dana tersebut perlu diagih sama rata,” katanya. -MG Perak.

Artikel Berkaitan:

Yayasan Perak tetapkan kriteria NGO bagi pengagihan kotak makanan

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI