Perak edar 10,500 pek juadah raya kepada pasukan beruniform

IPOH – Kerajaan Perak mengedarkan 10,500 pek juadah raya kepada pasukan beruniform di seluruh negeri sempena perayaan Aidilfitri tahun ini.

Penyerahan itu disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, pada Rabu.

Proses pembungkusan melibatkan 200 orang petugas terdiri daripada kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Perak, Badan Amal dan Usaha Isteri negeri Perak (Baiduri); Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) Laut, Darat dan Udara; Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Perkep Briged Utara Perak.

Turut membantu dalam kerja pembungkusan pek juadah raya adalah Persatuan Wanita Prihatin, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bomba dan Penyelamat (PERISMA), Pasukan 2 Briged dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Perak edar 10,500 pek juadah raya kepada pasukan beruniform
Suasana sekitar Majlis Penyerahan Juadah Hari Raya Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan Kepada Pasukan Badan Beruniform di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 MAC 2025.

Pengagihan pek juadah raya  membabitkan pasukan badan beruniform antaranya Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, 69 Komando Pasukan Gerakan Khas, Akademi Tentera Udara Perak dan Pasukan Polis Marin Kampung Acheh Sitiawan.

Turut menerima pek tersebut, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak dan Markas 2 Briged.

Barangan yang dibekalkan di dalam pek juadah raya adalah rendang tok, nasi himpit dan kuah kacang, sambal ikan bilis goreng dan serondeng. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak belanja RM1.35 juta untuk bantuan baju raya kepada golongan memerlukan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI