Perak perlu kolaborasi swasta bawa pulang tenaga kerja mahir

IPOH – Kolaborasi antara Kerajaan Negeri Perak dengan pihak swasta amat diperlukan bagi membawa pulang tenaga kerja mahir yang berkhidmat di luar negara kembali ke negeri ini.

Bercakap kepada MG Perak, Pengarah Institut Asia-Eropah (AEI), Universiti Malaya, Prof. Ulung Datuk Dr. R Rajah berkata, ia bagi membolehkan peluang tenaga kerja mahir di wujudkan di negeri ini dan menarik kembali anak-anak Perak yang berkerja di luar negara.

“Kerajaan negeri perlu bekerjasama dengan pihak swasta membangunkan sektor industri bagi mencipta jawatan tenaga kerja mahir bagi mengelakkan bakat-bakat mahir di Perak bekerja di luar negara.

“Misalnya dengan mencipta jawatan bertaraf jurutera yang mana kepintarannya bukan digunakan untuk membaiki tali air sahaja tetapi mereka sesuatu yang canggih dan mencipta pengeluaran besar-besaran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada Program ‘Perak Economic Outlook 2024’ di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini yang turut dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, pada Khamis.

Tenaga Mahir Perak tidak pulang berkhidmat selepas bekerja di luar negara
Pengarah Institut Asia-Eropah (AEI), Universiti Malaya, Prof. Ulung Datuk Dr. R Rajah menyampaikan ucaptama pada program Perak Economic Outlook 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 14 DISEMBER 2023.

Mengulas lanjut, Rajah berkata, Perak perlu mencontohi negara luar seperti Taiwan, Korea, China dan India yang menghantar rakyat mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara lalu berkhidmat dengan syarikat di Amerika Syarikat (AS) sebelum dipanggil pulang.

Ujar beliau, usaha yang dilakukan berkenaan menjadikan perindustrian di negara terbabit hampir menyamai AS dan kitaran itu sentiasa berulang.

“Tetapi apa yang tidak berlaku di Perak dan Malaysia adalah kita hantar pelajar ke luar negara, kemudian ada di antara mereka bekerja dengan syarikat-syarikat di sana tetapi mereka tidak pulang selepas itu.

“Jika ada yang pulang dengan kemahiran kebanyakkan mereka lebih berminat bekerja di Singapura dan jika tanya saya faktor utama adalah soal pendapatan serta perkara-perkara remeh yang lain,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Karnival Kerjaya PUO tawar lebih 300 peluang kerja

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI