PICT 2024: Tablet, telefon pintar menanti pembayar cukai bertuah

TAIPING – Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menawarkan pelbagai hadiah menarik berupa tablet dan telefon pintar kepada pembayar cukai yang bertuah bersempena dengan Program Insentif Cukai Taksiran (PICT) 2024.

Yang Dipertua MPT, Khairul Amir Mohamad Zubir berkata, kempen yang bermula pada 1 Disember depan hingga 29 Februari 2024 itu masih mengekalkan dua kategori hadiah cabutan bertuah.

“Bagi Kategori A, pembayar cukai secara atas talian yang bertuah berpeluang memenangi hadiah bonanza iaitu sebuah tablet dan saguhati 18 unit telefon pintar.

“Manakala bagi Kategori B, melalui kaedah pembayaran di Kaunter MPT, orang ramai bakal memenangi hadiah bonanza sebuah tablet dan saguhati 10 unit telefon,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Penuh Bilangan 9 Tahun 2023 di Wisma Perbandaran Taiping, dekat sini, pada Isnin.

Tambah Khairul Amir ia selaras dengan hasrat MPT dalam mencapai hasrat Taiping Bandar Pintar atau ‘Smart City’ bagi meningkatkan fungsi kecekapan dan produktiviti pengurusan sesebuah bandar raya.

Menurutnya, walau bagaimanapun semua bayaran secara setahun tanpa tunggakan layak menyertai cabutan bertuah berkenaan.

Di samping itu katanya, bersempena dengan ulang tahun 150 tahun Bandar Taiping, Kaunter Bergerak Kutipan Hasil MPT akan diadakan di empat lokasi terpilih dalam kawasan pentadbiran MPT.

“Program kali ini menawarkan 4,000 unit mug eksklusif bertemakan Sambutan Ulang Tahun 150 tahun Bandar Taiping kepada pembayar Cukai Taksiran awal secara setahun dan tanpa tunggakan yang membuat bayaran di Kaunter Bergerak Kutipan Hasil MPT.

“9 dan 10 Disember di Arena Batu Kurau, 16 dan 17 Disember di Muzium Matang, 23 dan 24 Disember di Aeon Mall Taiping sementara 6 dan 7 Januari 2024 di Pejabat Penghulu Trong.

“Kaunter bergerak ini turut menyediakan kaunter perkhidmatan lain seperti Kaunter Lesen/ Permit MPT, Kaunter Sewaan Harta MPT, Kaunter Kompaun Tempat Meletak Kenderaan MPT dan Kaunter Aduan MPT,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Suasana LHKSNS 2023 bersama Sultan Perak di Taiping

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI