MPT terima penarafan risiko rendah daripada SPRM

TAIPING – Majlis Perbandaran Taiping (MPT), menerima penarafan semula risiko oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), iaitu risiko rendah bagi tahun ini.

Yang Dipertua MPT, Khairul Amir Mohamad Zubir berkata, penarafan semula itu dilakukan SPRM berdasarkan kepada data dan maklumat daripada pihaknya bagi tempoh tahun 2020 hingga 2022.

“SPRM melalui surat bertarikh 22 November telah merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada pihak MPT atas komitmen yang telah dilaksanakan.

“Ia melibatkan usaha pencegahan rasuah di MPT sepanjang tempoh tiga tahun yang lepas sehingga ditarafkan sedemikian.

“Sehubungan itu, saya berharap agar komitmen yang sama dapat diteruskan dalam usaha mengurangkan risiko rasuah pada masa akan datang,” katanya.

YDP MPT
Yang Dipertua MPT, Khairul Amir Mohamad Zubir pada Mesyuarat Penuh Bilangan 9 Tahun 2023 di Wisma Perbandaran Taiping. Foto ihsan MPT.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Penuh Bilangan 9 Tahun 2023 di Wisma Perbandaran Taiping, dekat sini, pada Isnin.

Dalam perkembangan lain, Khairul Amir berkata, Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) memperkenalkan pelbagai spesies binatang baru bagi menarik perhatian dan kedatangan pengunjung.

Ia antaranya sepasang Striped Skunk; dua pasang burung Violet Turaco; dua pasang Mandarin Duck atau tik Mandarin; dua pasang Carolina Wood Duck atau Itik Carolina; tiga pasang Ringed Teal dan sebagainya.

“Dengan kehadiran berbagai jenis burung dan mamalia yang unik, meningkatkan pengalaman melawat zoo untuk memenuhi kehendak pengunjung dari pelbagai peringkat umur.

“Dengan tambahan tarikan baharu, ZTNS akan terus menjadi destinasi pilihan bagi keluarga pada musim sekolah yang akan datang,” katanya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

PICT 2024: Tablet, telefon pintar menanti pembayar cukai bertuah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI