Polemik isu buka kantin dalam Ramadan selesai – Fadhlina

IPOH – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan polemik di sebalik arahan pembukaan kantin sekolah seluruh negara sepanjang Ramadan ketika ini telah selesai.

Tegas beliau, Kementerian Pendidikan (KPM) telah menyelesaikan isu yang berbangkit sejak akhir-akhir ini di semua peringkat melalui beberapa penerangan sebelum ini.

“Kita minta (agar semua dapat memahami bahawa) asas kepada isu pembukaan kantin ini adalah dengan semangat penghormatan.

“Iaitu, nilai saling hormat-menghormati antara satu sama lain,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Jaulah Ramadan Sempena Ihya Ramadan KPM di Sekolah Raja Perempuan Taayah, di sini, pada Isnin.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek kementerian pendidikan KPM buka kantin sekolah ramadan
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (dua, kiri) menunjukkan nama ibunya, Siti Zaleha Mohd Noor yang terpahat di Senarai Ketua Umum ketika hadir ke Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 di Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 MAC 2024.

Fadhlina sebelum itu diminta mengulas berkenaan polemik yang timbul dalam kalangan segelintir pihak berhubung isu pembukaan kantin sekolah semasa bulan Ramadan.

Pada Isnin minggu lalu, Fadhlina dilaporkan mengumumkan pengurusan sekolah akan tetap meneruskan operasi di kanting masing-masing seperti biasa sepanjang bulan Ramadan ini.

Namun, Ahli Parlimen Nibong Tebal mengenaskan, murid-murid khususnya yang bukan beragama Islam akan turut diterapkan dengan nilai kesedaran supaya lebih faham tentang ibadah puasa bagi masyarakat Islam.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek kementerian pendidikan KPM buka kantin sekolah ramadan
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada sesi sidang media ketika hadir ke Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 di Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 MAC 2024.

Pengumuman itu bagaimanapun mendapat reaksi sebaliknya daripada Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) Datuk Ahmad Yahaya, yang mendakwa arahan berkenaan mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat.

Ketika di Dewan Rakyat pada Rabu lalu, Fadhlina kemudian menegaskan arahan pembukaan kantin sekolah sepanjang Ramadan itu termaktub dalam Pekeliling Pengurusan Kantin Sekolah

Siang tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, juga meminta agar polemik berkenaan itu kantin itu segera dihentikan. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Henti polemik bak kut teh, pembukaan kantin sekolah – PM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI