Polis tahan dua lelaki cuba curi kabel Telekom di Taman Rapat Setia

IPOH – Polis menahan dua lelaki selepas disyaki terlibat dalam kejadiaan cubaan mencuri kabel milik Telekom Malaysia di Taman Rapat Setia Baru dekat sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, penahan itu susulan satu video kamera litar tertutup yang memaparkan kejadian itu tular di media sosial.

Katanya, kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 34 dan 38 tahun ditahan pihak polis sekitar jam 1 pagi di sebuah restoran di kawasan Bercham, di sini.

“Semakan mendapati salah seorang suspek mempunyai satu rekod kes jenayah dan tujuh rekod kes dadah, manakala seorang lagi mempunyai tiga rekod kes jenayah.

“Polis turut merampas sebuah kereta Proton Persona berwarna merah yang dipercayai digunakan semasa kejadian serta beberapa barangan lain bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di lokasi mendapati tiada kehilangan kabel berlaku, walau bagaimanapun terdapat kesan cubaan membuka dan mengeledah ‘distribution box’ yang disyaki dilakukan suspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri. Polis merakamkan penghargaan kepada orang awam yang menyalurkan maklumat,” katanya lagi.

Terdahulu tular di media sosial video rakaman kamera litar tertutup yang memaparkan dua lelaki membuka sebuah distribution box milik Telekom Malaysia berhampiran sebuah rumah.

Menerusi video yang berdurasi sekitar dua minit itu, kedua-dua mereka kelihatan dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak meninggalkan lokasi kejadian dengan menaiki sebuah kereta. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Polis tahan lelaki disyaki curi kabel TM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI