Polis tumpaskan Geng Boy, tahan tiga lelaki

KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan kumpulan samun dikenali Geng Boy yang dipercayai aktif melakukan jenayah mencuri dan memecah masuk stor jentera simpanan berat di Jalan Sungai Buaya, Serendah susulan penangkapan tiga lelaki, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superitendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, tiga lelaki tempatan dipercayai ahli Geng Boy berkenaan berumur 31 hingga 46 tahun itu ditahan pada 2.30 pagi di sekitar Rawang dan Hulu Selangor.

“Modus operandi sindiket adalah menyasarkan gudang dan stor yang digunakan untuk meletakkan barangan, peralatan serta mesin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Faizal berkata, semakan polis mendapati dua daripada tiga suspek memiliki rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah dan dadah, manakala ujian air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah.

“Ketiga-tiga lelaki berkenaan direman selama tujuh hari sehingga 28 Nov ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan,” katanya. -MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI