PRK Ayer Kuning: Calon BN hampir selesai melawat semua PDM

TAPAH – Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir hampir selesai melawat kesemua 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di sini.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika berkunjung ke PDM Batu Tiga bersama calon BN di sini pada Khamis.

Beliau telah memaklumkan kepada Mohamad Yusri atau lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Yusri supaya mengunjungi kesemua PDM tersebut sepanjang minggu pertama kempen berlangsung.

“Itu (melawat PDM) yang saya sudah maklum pada dia dan pada minggu kedua dia perlu mengulang kembali (melawat PDM).

“Jadi saya sudah beritahu dia pada hari penamaan calon dan mengingatkan isteri beliau yang hadir pada hari tersebut supaya suaminya (calon) untuk pergi ke 20 PDM pada minggu pertama.

“Saya rasa sikit lagi (selesai melawat PDM) kalau pun tak pergi,” katanya yang juga Ketua Sekretariat War Room UMNO sewaktu sidang media ketika berkunjung ke PDM Batu Tiga bersama calon BN di sini pada Khamis.

PRK Ayer Kuning diadakan susulan penyandangnya Ishsam Shahruddin, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 22 Feb lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 26 April, manakala pengundian awal pada 22 April.

Selain Mohd Yusri, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tapah, Abdul Muhaimin Malek dan Bawani KS dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) bakal bertarung dalam pilihan raya tiga penjuru itu. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Dr Yusri Santuni Pengundi Pelbagai Kaum di Ayer Kuning

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI