PRK Ayer Kuning: Wanita UMNO Perak sudah mula gerak kerja

LUMUT – Wanita UMNO Perak telah memulakan gerak kerja bagi memastikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning kekal milik Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 26 April depan.

Ketua Wanita UMNO Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, secara dasarnya sayap parti berkenaan telah memulakan kerja-kerja mendekati pengundi sebaik sahaja selesai Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Menurut beliau, bagaimanapun apabila berlakunya PRK, Wanita UMNO akan mengambil mengandakan usaha dalam membantu parti untuk memenangi kerusi yang dipertandingkan.

“Apabila diadakan PRK, Wanita UMNO Perak telah melakukan pendekatan turun padang bagi mendekati pengundi melalui program-program serta gerak kerja yang dianjurkan di DUN Ayer Kuning.

“Kami sudah beberapa hari memulakan gerak kerja di Ayer Kuning dan Alhamdulillah setakat ini jentera Wanita UMNO Perak dalam keadaan baik,” katanya kepada Malaysia Gazette (MG) Perak.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Coop Champion Wilayah Manjung Tahun 2025 di Tapak Bazar Raya Koperasi Persalam Manjung Berhad, di sini, pada Rabu.

Tambah Salbiah, jentera parti memainkan peranan penting dalam memastikan kemenangan BN pada PRU lalu dapat dikekalkan dalam PRK kali ini.

“Bagi saya kalau hendak menang yang pertamanya kita kena tengok kepada struktur jentera dan Alhamdulillah jentera Wanita UMNO Perak bersiap sedia menghadapi PRK Ayer Kuning hendak memastikan DUN Ayer Kuning kekal milik BN,” katanya.

Jumaat lalu, media melaporkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April depan, manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 12 dan 22 April.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandang, Ishsam, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, susulan serangan jantung ketika menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang pada 22 Februari lalu. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

BN mungkin umum calon PRK Ayer Kuning lebih awal

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI