Projek pembinaan lebuh raya WISE diluluskan Kabinet – MB Perak

IPOH – Kabinet telah meluluskan projek pembinaan Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) yang menghubungkan antara Gopeng dengan Kuala Kangsar pada Rabu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau difahamkan projek jajaran lebuh raya sepanjang 60 kilometer (km) itu dilaksanakan secara Inisiatif Kewangan Swasta (PFI).

Beliau berkata, justeru itu kerajaan negeri bersedia untuk mempermudahkan urusan bagi pelaksanaan projek berkenaan termasuk daripada aspek perolehan tanah oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri.

Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway WISE Gopeng Kuala Kangsar lebuhraya menteri besar perak datuk seri saarani mohamad Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway WISE Gopeng Kuala Kangsar lebuhraya menteri besar perak datuk seri saarani mohamad
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad (tengah) ketika hadir menyampaikan ucapan perasmian Perak Economic Outlook 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 14 DISEMBER 2023.

“WISE adalah satu kaedah bagi menyelesaikan masalah trafik (di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)), yang mana jika berlaku kemalangan di situ trafik akan akan mengalami kesesakan.

“Terutamanya apabila berlaku kemalangan di Terowong Menora, pengguna lebuh raya tiada laluan lebuh raya alternatif lain, melainkan terpaksa menggunakan jalan persekutuan di Sungai Siput.

“Jadi, selepas ada WISE ini, apabila berlaku kemalangan (di PLUS), maka mereka boleh menggunakannya sebagai laluan alternatif dari Gopeng ke Kuala Kangsar bagi mengelakkan kesesakan trafik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada forum Perak Economic Outlook 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Khamis.

Forum yang dihadiri 700 peserta itu dianjurkan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Institut Darul Ridzuan (IDR) bersama agensi dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway WISE Gopeng Kuala Kangsar lebuhraya menteri besar perak datuk seri saarani mohamad Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway WISE Gopeng Kuala Kangsar lebuhraya menteri besar perak datuk seri saarani mohamad
Para tetamu yang hadir pada program perasmian Perak Economic Outlook 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 14 DISEMBER 2023.

Dalam pada itu, Saarani berkata, pembukaan WISE kelak akan memberi impak positif kepada Perak yang mana ia akan menjadi pelengkap kepada jajaran Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).

“WISE akan merancakkan lagi negeri memandangkan sebahagian besar jajaran WCE telah dibuka kepada kenderaan awam. Jadi, ia akan menjadi pelengkap antara satu sama lain,” katanya lagi.

Pada September lalu, Pengerusi Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) Datuk Seri Jalaluddin Alias, dilaporkan berkata rundingan pembinaan lebuhraya WISE telah memasuki fasa akhir sebelum dilaksanakan.

Media pada Mac 2021, melaporkan Perak telah mengemukakan cadangan bagi pembinaan jajaran lebuh raya menghubungkan Gopeng ke Kuala Kangsar sebagai laluan alternatif tanpa melalui Terowong Menora di PLUS. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Sistem tol aliran pantas pelbagai lorong di lebuh raya guna ANPR, RFID

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI