Rasionalisasi subsidi untuk golongan memerlukan rasai secara adil – PM

IPOH – Kerajaan akan mengambil langkah rasionalisasi subsidi bagi memastikan golongan yang benar-benar memerlukan dapat merasai subsidi kerajaan secara adil termasuk dalam soal perkhidmatan kesihatan. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun kerajaan telah menyediakan subsidi terhadap perkhidmatan di fasiliti kerajaan namun ia masih boleh dinikmati oleh golongan kaya. 

“Seperti mendapatkan rawatan di hospital-hospital kerajaan, bayaran yang dikenakan amat sedikit malah ada skim rawatan percuma di bawah Inisiatif Madani untuk rakyat kurang berkemampuan. Namun, golongan kaya juga masih boleh menikmatinya. 

“Jadi, salahkah kerajaan untuk kita tingkatkan mutu perkhidmatan rawatan kesihatan kepada lebih baik untuk seluruh rakyat? Bagi golongan yang kaya ini dikenakan bayaran lebih tinggi,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Skim Perubatan Madani dan Program Madani Afiat Peringkat Kebangsaan di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad serta Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim. 

Sebelum ini media melaporkan Anwar memberi jaminan yang cadangan ke arah pelaksanaan rasionalisasi subsidi tidak akan membebankan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana. 

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, pelaksanaan rasionalisasi subsidi penting bagi memastikan kewangan negara dapat terus diuruskan secara berhemah tanpa menambah sebarang hutang baharu kepada negara. 

Tabung Haji kata, kalau semua pencarum akan diberikan subsidi (untuk menunaikan haji). Jadi apabila saya dapat laporan kata yang pendapatan sampai RM1 juta sebulan pun dapat subsidi itu, saya fikir tak payah. 

“Hendak haji mabrur bayarlah dengan wang sendiri, Tabung Haji boleh bantu menyelaraskan sahaja. Bagi golongan petani, nelayan, pekerja dan pegawai kerajaan, polis, tentera, hendak dapat subsidi boleh teruskan. 

“Itulah baru-baru ini Tabung Haji untuk kali pertama tahun ini bagi orang yang kaya tidak diberikan subsidi. Jadi lebihan (pendapatan) itu boleh diberikan kepada rakyat (memerlukan),” katanya lagi. – MGPerak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI