Remaja perempuan 13 tahun antara 7 ditahan siasatan kes samun guna pisau

KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun antara tujuh individu ditahan bagi membantu siasatan kes samun menggunakan pisau di sebuah unit kediaman di Jalan Ampang, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Annas Sulaiman berkata selain remaja itu, enam individu lain terdiri daripada lima lelaki berusia 22 hingga 38 tahun dan seorang remaja perempuan berumur 19 tahun, ditahan di kawasan tempat letak kereta di Jalan Metro Pudu di sini, 3 pagi semalam.

Beliau berkata penahanan itu susulan laporan daripada seorang lelaki berusia 21 tahun yang mendakwa disamun empat lelaki tidak dikenali menggunakan pisau semasa berada di kediaman berkenaan.

“Kesemua tujuh individu itu kini direman bagi siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan menggunakan senjata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Annas meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju melalui talian 03-9289 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

— BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI