Seorang maut dalam nahas dua kereta

IPOH: Seorang maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kereta di Jalan Jelapang, di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 10.21 malam.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi pihaknya mendapati kemalangan tersebut membabitkan dua buah kenderaan jenis Proton Waja dan Nissan.

“Setibanya di lokasi, terdapat dua mangsa dengan seorang telah dibawa orang awam ke hospital manakala seorang lagi menaiki Nissan didapati tersepit dan telah disahkan maut oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Komander Operasi kemudiannya membuat size up dan mengarahkan anggota menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, mayat mangsa, diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Suhaimi Abd Samad itu tamat pada jam 11.50 malam,” katanya.. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tiga wanita parah kemalangan kereta dengan lori

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI