SPRM bongkar kegiatan tipu bekalan beras babit sebuah syarikat di Kedah

KUALA LUMPUR – Kegiatan penipuan sebuah syarikat pembekalan beras di Kedah sehingg menyebabkan kepincangan dalam proses pengedaran dan penjualan bahan makan ruji negara terbongkar.

Syarikat tersebut dipercayai memperoleh kontrak pembekalan beras daripada sebuah syarikat pertanian milik kerajaan negeri tersebut membabitkan nilai lebih RM100 juta setahun sejak kira-kira tujuh tahun lalu bagi pembekalan beras di Semenanjung Malaysia.

Perkembangan terbaharu itu didedahkan sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber itu lagi, berdasarkan kontrak syarikat terbabit telah membuat pinjaman bank kira-kira RM30 juta sebagai pembiayaan projek bekalan beras beberapa tahun yang lalu.

“Siasatan mendapati pengarah syarikat tersebut telah berpakat dengan seorang ahli lembaga pengarah syarikat milik kerajaan negeri terbabit untuk mengesahkan pembelian dan penghantaran sebanyak 28,000 tan beras setahun membabitkan nilai lebih RM100 juta namun pembekalan tersebut tidak dibuat seperti dipersetujui.

“Syarikat tersebut dikatakan telah pun menerima amaun kira-kira RM30 juta itu menerusi beberapa transaksi perbankan,” katanya.

Tambah sumber itu lagi, suspek terbabit juga dikatakan telah mengemukakan dokumen yang mempunyai butiran matan yang palsu kepada pihak bank untuk proses permohonan pembiayaan pinjaman bagi projek bekalan beras tersebut.

Dalam pada itu, Pengarah Kanan Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi hari ini telah mengesahkan berkaitan siasatan tersebut.

Ujar beliau, kes berkenaan sedang dijalankan siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.- MGPerak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI