SPRM tahan lelaki Singapura larikan diri selama 4 tahun, dikehendaki CPIB

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menahan seorang lelaki Singapura yang melarikan diri selama empat tahun dan dikehendaki oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB), Singapura.

Siasatan awal mendapati suspek disyaki terlibat kes rasuah di Singapura selain masuk ke Malaysia secara haram.

Dia turut dipercayai memberi rasuah kepada pegawai penguat kuasa Malaysia sebagai balasan tidak mengambil tindakan undang-undang atas kesalahan tinggal di negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Suspek berusia lingkungan 30-an yang bekerja sendiri itu ditahan kira-kira jam 7 malam, 22 November 2026 di sekitar Johor.

Ia hasil operasi bersepadu Bahagian Perisikan SPRM dan SPRM Johor dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

Lelaki berkenaan kemudiannya diserahkan kepada CPIB Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru, Johor, semalam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI