SUKMA Selangor: Perak bidik 50 emas, mahu lonjak kedudukan

IPOH – Perak meletakkan sasaran tidak rasmi mengutip 50 pingat emas temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor, yang dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 24 Ogos depan.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, selain itu pihaknya berharap sasaran pungutan pingat itu juga akan dapat memperbaiki kedudukan kontinjen negeri berbanding di tempat ketujuh ketika SUKMA edisi Sarawak sebelum ini.

Katanya, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat penyelarasan SUKMA yang turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Ketua Kontinjen Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta barisan pengurus dan jurulatih yang berlangsung pada Jumaat.

“Namun, kita akan buat penilaian semula berdasarkan prestasi semasa. Kita akan mengadakan program bersama pakar-pakar untuk menilai prestasi ini berdasarkan persiapan pasukan. Sekarang ini, ada pasukan yang sedang menyertai kejohanan di luar.

“Apa yang pasti, dalam mesyuarat berkenaan saya juga telah menyatakan bahawa sasaran kali ini mesti melebihi pencapaian 35 pingat emas semasa SUKMA di Sarawak sebelum ini, dengan kedudukan di tangga lima atau ketiga ke atas.

“Oleh itu, sasaran 50 pingat emas ini mungkin bertambah atau berkurang selepas kita membuat penilaian dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Majlis Sukan Negeri pada 15 Jun ini. Seterusnya, kita ada satu lagi perjumpaan bersama kontinjen dan jurulatih pada 16 Julai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Festival Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perak di Kompleks Jabatan Belia dan Sukan Perak di sini, pada Sabtu.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah ketika sesi bergambar pada Sambutan Hari Belia Negara Tahun 2026 Peringkat Negeri Perak di Kompleks Belia dan Sukan Perak, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 JUN 2026.

Hadir sama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Asmori Sa’ahari serta Pengerusi Tetap Majlis Belia Malaysia merangkap Presiden Majlis Belia Negeri Perak, Muhammad Naim Al-Amin Saharudin.

Tambah Khairudin , Perak juga mempertaruhkan seramai 826 atlet bagi menyertai 37 acara sukan termasuk yang diberi tumpuan dalam misi kontinjen negeri meraih pingat emas antaranya, silambam, muay thai, olahraga, menembak, memanah, akuatik, termasuk sukan elektronik (e-sport).

“Sukan tempur atau ‘;combat’ ini adalah ‘lubuk emas’ buat Perak dan seperti pada SUKMA di Sarawak sebelum ini acara seperti taekwondo, karate, silat, muay thai, silambam, dan kabaddi menjadi penyumbang emas terbesar untuk kontinjen kita,” katanya.

Perak sasar 50 pingat emas SUKMA 2026 SUKMA Selangor 2026 Perak sasar 50 pingat emas kontinjen Perak atlet Perak Majlis Sukan Negeri Perak sukan tempur pingat emasSUKMA Selangor 2026, kontinjen Perak, sasaran emas Perak, atlet Perak SUKMA, Khairudin Abu Hanipah, Majlis Sukan Negeri Perak, SUKMA Selangor, pingat emas Perak
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah ketika sidang media pada Sambutan Hari Belia Negara Tahun 2026 Peringkat Negeri Perak di Kompleks Belia dan Sukan Perak, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 JUN 2026.

Jelas beliau, sasaran 50 pingat emas yang diputuskan setekat ini juga adalah bersandarkan kepada perkembangan persiapan atlet yang disifatkan memberangkangsan, selain komitmen yang dipamerkan kerajaan negeri, Majlis Sukan Negeri (MSN) serta pengurus dan jurulatih,

“Kita telah bermula awal sejak tahun 2025 lagi menerusi peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan negeri kepada MSN.

“Kita juga telah menganjurkan Kem Belang Tarung Tiga Warna. Daripada senarai awal yang panjang, kita telah pun menyenarai pendek atlet (yang mempunyai potensi baik untuk kontinjen Perak).

“Kita berharap pada SUKMA Selangor nanti, ia akan memberi sinar dan memberi lonjakan kepada atlet, dan seterusnya menjadikan antara pencapaian terbaik buat Perak,” katanya lagi.

Pada masa sama Khairudin juga berharap agar aspek pengadilan khususnya dalam kategori sukan-sukan tempur diberi perhatian khusus oleh Jawatankuasa Pelaksana SUKMA Selangor

“Perkara ini bukan sahaja menjadi perhatian Perak malah turut disuarakan kontinjen-kontinjen negeri lain. Kita tidak mahu timbul lagi masalah ketidakpuasan hati seperti yang berlaku di Sarawak tempoh hari, sehingga ada pasukan yang sehingga terpaksa menarik diri.

“Kita mahu pihak Jawatankuasa SUKMA Selangor dan persatuan sukan peringkat kebangsaan memandang serius elemen pengadilan dan penilaian dalam sukan kombat ini.

“Ini kerana kita tidak mahu sukan ini ‘mati’ disebabkan ketidakadilan, yang akhirnya boleh menjatuhkan semangat pasukan dan atlet, seterusnya menghalang mereka daripada beraksi dengan baik demi negeri masing-masing,” ujarnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Program Santai MSNPk Suntik Semangat Atlet Perak Menjelang SUKMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI