Sultan Nazrin berkenan rasmi Masjid Bandar Universiti

SERI ISKANDAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, hari ini berkenan merasmikan Masjid Bandar Universiti di sini, selain berbuka puasa bersama jemaah di masjid berkenaan.

Turut mengiringi keberangkatan baginda yang tiba di masjid berkenaan pada jam 7 malam itu ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Sultan Nazrin berkenan berbuka puasa, rasmi Masjid Bandar Universiti
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Bandar Universiti dan Majlis Berbuka Puasa di Seri Iskandar, hari ini. Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 MAC 2024.

Hadir sama, Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh; Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Penasihat Undang- Undang Negeri, Datuk Azmir Shah Zainal Abidin.

Baginda kemudiannya berkenan menyempurnakan upacara penanaman pokok bunga tanjung atau mimusops elengi dan seterusnya membuka tirai plak sebagai simbolik perasmian masjid tersebut.

Sultan Nazrin berkenan berbuka puasa, rasmi Masjid Bandar Universiti
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menanam pokok Bunga Tanjung pada Majlis Perasmian Masjid Bandar Universiti dan Majlis Berbuka Puasa di Seri Iskandar, hari ini. Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 MAC 2024.

Seterusnya, baginda mencemar duli berbuka puasa bersama lebih 500 orang jemaah dan menunaikan solat Maghrib sebelum berkenan berangkat ke majlis santapan, diikuti dengan solat Isyak serta solat Tarawih.

Sultan Nazrin berkenan berbuka puasa, rasmi Masjid Bandar Universiti
Suasana sekitar solat maghrib berjemaah pada Majlis Perasmian Masjid Bandar Universiti dan Majlis Berbuka Puasa di Seri Iskandar, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 MAC 2024.

Masjid yang boleh menampung sehingga 1,200 jemaah pada satu-satu masa itu mula dibina pada Ogos 2016 dan siap sepenuhnya tiga tahun kemudian. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Islam tidak boleh dibiarkan kelihatan suram – Sultan Perak

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI