Sultan Nazrin puji pemimpin dua agama ‘buka pintu’ bantu mangsa Putra Heights

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memuji sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin dua buah institusi agama iaitu Masjid Al-Falah Subang Jaya dan pemimpin Kuil Sri Maha Kaliamman Jalan Putra Harmoni semasa peristiwa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, baru-baru ini.

Baginda bertitah, pemimpin dua buah rumah ibadat tersebut membuka pintu rumah ibadat masing-masing kepada mangsa dan petugas, tanpa mengira identiti kaum atau agama untuk dijadikan tempat perlindungan, malah dibenarkan umat Islam menunaikan solat dalam premis kuil.

“Sifat terpuji pemimpin kedua-dua rumah ibadat ini, memberikan harapan dan mengubati kebimbangan kita terhadap hubungan kaum di negara ini.

“Hakikatnya, rakyat biasa tanpa diracuni diayah politik memecah belah, boleh hidup secara aman, secara harmoni,” ujar baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan rasmi Tahun Ketiga, Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Titah baginda, keamanan bukan sesuatu yang mudah dicapai, keamanan bukannya pipih datang melayang kerana ia adalah hasil perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu yang berusaha mengekalkan kestabilan dan kemakmuran negara.

“Rakyat perlu menghargai dan mengamalkan nilai perpaduan, saling menghormati dan hidup dalam suasana bertoleransi dengan keinsafan, kestabilan negara bukan hanya tanggungjawab kerajaan tetapi memerlukan kerjasama seluruh rakyat.

“Setiap individu ada tanggungjawab bersama dan setiap individu harus peka untuk menyelesaikan masalah secara bijak, tanpa kekerasan – tanpa persengketaan, dalam semangat yang menghargai perdamaian,” titah baginda. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sultan Perak, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah pemergian Tun Abdullah, Ishsam

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI