Tiga lelaki bersenjata rompak, larikan barang kemas RM390,000

IPOH – Tiga lelaki bertopeng bertindak melarikan pelbagai barangan kemas bernilai kira-kira RM390,000 dalam satu kejadian rompakan bersenjata di sebuah kedai emas di Menglembu, di sini pada petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam sekitar jam 1.25 petang.

Menurutnya, siasatan awal di lokasi kejadian bersama Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak mendapati, suspek terdiri daripada tiga lelaki tempatan bertopeng yang bersenjatakan objek menyerupai sepucuk pistol dan sebilah parang.

“Ketiga-tiga suspek dipercayai memasuki premis tersebut sebelum melarikan sejumlah barang kemas berupa rantai leher dan subang yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM390,000.

“Mereka kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Toyota Camry berwarna putih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata secara berkumpulan,“ ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Fadli Ahmad di talian 019-250 0019 atau hadir ke mana-mana balai polis berdekatan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Polis buru perompak bersenjata samun emas 4.1 kg bernilai RM1.5 juta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI