Video tular: Empat lelaki Afghanistan agresif dengan polis, sudah dituduh di mahkamah

IPOH – Polis mengesahkan video tular memaparkan insiden pergelutan dan agresif antara dua lelaki dengan anggota polis di kawasan Ipoh Soho, di sini, berlaku pada 24 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, ketika kejadian dua anggota polis telah diarahkan untuk meleraikan pergaduhan melibatkan empat empat lelaki warganegara Afghanistan di sebuah kedai serbaneka sekitar jam 5.10 pagi.

Katanya, semasa menjalankan tugas, dua daripada lelaki terbabit bertindak agresif dengan menyerang anggota polis sehingga berlaku pergelutan.

“Susulan itu, kesemua suspek berusia lingkungan 25 hingga 28 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Pekan Baru untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Muhammad Najib berkata, ketika berada di balai polis, dua daripada suspek itu sekali lagi bertindak agresif di hadapan anggota polis yang sedang bertugas.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati keempat-empat lelaki itu berada dalam keadaan mabuk dan terlibat dalam pergaduhan sesama sendiri sebelum ketibaan pihak polis di lokasi.

“Kes telah disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan, Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967, dan kesemua suspek telah dituduh di mahkamah pada 12 Jun lalu,” katanya lagi.

Justeru itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak tepat sehingga boleh mengelirukan masyarakat berhubung kejadian itu.

“Tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu yang menghalang atau menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam yang sedang menjalankan tugas,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

JPJ teliti hukuman lebih tegas terhadap pemandu mabuk, dadah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI