Wanita warga emas ditemui meninggal dunia dalam rumah berkunci

TANJUNG MALIM – Seorang wanita warga emas ditemui maut di dalam rumahnya yang berkunci di Felda Gunung Besout Dua Lama, Slim River dekat sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 10.10 pagi.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan kecemasan itu sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera bomba di lokasi kejadian, anak mangsa memaklumkan ibunya yang berusia 68 tahun telah terkunci di dalam rumah.

“Anggota kemudiannya membuka pintu tersebut dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,“ katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Operasi tamat sepenuhnya jam 10.57 pagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI