Yayasan Perak terima pensijilan MS ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti

IPOH – Yayasan Perak menerima penarafan sijil MS ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti sementara para pegawainya ditauliahkan sebagai ‘Change Management Specialist’, pada Jumaat.

Sijil penarafan MS ISO itu disampaikan Pengarah Urusan Kumpulan Platinum Shauffmantz Veritas Sdn. Bhd, Mohamed Shariff Abu Bakar, kepada Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr. Nasreen Khanum Nawab Zadah Khan.

Sementara pentauliahan pegawai-pegawai Yayasan Perak disampaikan oleh Ketua Pengarah Eksekutif Opulence Alliance Sdn. Bhd, Norbiatul Adawiyah Mohd Nor.

Yayasan Perak pensijilan MS ISO Sistem Pengurusan Kualiti Saarani Perak Yayasan Perak Yayasan Perak pensijilan MS ISO Sistem Pengurusan Kualiti Saarani Perak Yayasan Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (tengah) menyaksikan penyerahan Sijil Penarafan MS ISO dan pentauliahan pegawai-pegawai Yayasan Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, petang tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 MAC 2024.

Majlis yang disaksikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim itu diadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini.

Dalam satu kenyataan, Yayasan Perak memaklumkan, penarafan dan pentauliahan itu membuktikan kesediaan Yayasan Perak ke arah pelan transformasi serta penjenamaan semula.

Katanya, ia sekaligus meningkatkan keyakinan pihak berkepentingan kepada Badan Berkanun Negeri Perak itu.

“Penarafan dan pentauliahan ini juga turut membuktikan kemampuan Yayasan Perak dalam menerajui pembangunan modal insan yang unggul, dinamik dan bertaraf global ke arah kesejahteraan Negeri Perak menjelang 2030,” ujarnya.

Yayasan Perak pensijilan MS ISO Sistem Pengurusan Kualiti Saarani Perak Yayasan Perak Yayasan Perak pensijilan MS ISO Sistem Pengurusan Kualiti Saarani Perak Yayasan Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (tengah) menyaksikan penyerahan Sijil Penarafan MS ISO antara Pengarah Urusan Kumpulan Platinum Shauffmantz Veritas Sdn Bhd, Mohamed Shariff Abu Bakar (kiri) bersama Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr Nasreen Khanum Nawab Zadah Khan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, petang tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 MAC 2024.

Tambah kenyataan itu, Yayasan Perak akan terus komited dalam usaha memastikan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa dipantau dan ditambahbaik bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Selain itu ujarnya, kompetensi pegawai-pegawai akan terus ditingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan Yayasan Perak terus cemerlang.

“Yayasan Perak akan terus berusaha mengenal pasti ruang dan peluang penambahbaikan dalam penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan melalui pemantauan dan penilaian yang dilaksanakan secara berkala,” jelas kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, Saarani berkata, perkara berkenaan mencerminkan kredibiliti Yayasan Perak sebagai sebuah agensi yang efisien dan mempunyai tatakelola yang baik.

“Harapan saya agar Yayasan Perak menjadi sebuah agensi badan berkanun yang dipercayai dan telus dalam melaksanakan amanah terutamanya melibatkan peruntukan sertasumbangan sama ada daripada kerajaan negeri atau agensi-agensi lain,” katanya. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Yayasan Perak tetapkan kriteria NGO bagi pengagihan kotak makanan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI