Zaim, Ismanira kekal dibicarakan atas pertuduhan abai Zayn Rayyan

PETALING JAYA – Pasangan Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf kekal dibicarakan di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mengabaikan anak mereka, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Perkembangan itu ditentukan selepas Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin memaklumkan representasi yang dikemukakan oleh kedua-duanya, ditolak oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Hakim Dr. Syahliza Warnoh kemudian menetapkan 10 Januari tahun depan bagi sebutan untuk membolehkan pihak-pihak memuktamadkan penyerahan dokumen perbicaraan.

Pada prosiding itu, peguam-peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris mewakili kedua-dua tertuduh selepas peguam terdahulu, Fahmi Abd. Moin menarik diri daripada mewakili mereka.

Berita selanjutnya menyusul. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI