10 nelayan warga Myanmar ditahan di perairan Lumut

LUMUT – 10 nelayan asing warga Myanmar bersama dua bot nelayan kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak di perairan negeri, dekat sini kerana melanggar syarat sah lesen dan tidak memiliki dokumen sah,  pada Jumaat lalu.

Pengarah Maritim Malaysia Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup, berkata, mereka ditahan pada dua kedudukan berbeza iaitu 9.5 dan 9.1 batu nautika barat daya Sungai Tiang sekitar jam 4.58 dan 5.20 petang.

Katanya, penahanan itu dibuat ketika pihaknya mengesan aktiviti perikanan yang dijalankan dua bot berkenaan semasa anggotanya sedang melakukan rondaan rutin menerusi Op Sayong, Op Tanjung dan Op Tiris di perairan Perak.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kedua-dua bot itu dikendalikan oleh dua tekong bersama lapan kru warga Myanmar berumur dalam lingkungan 20 hingga 36 tahun.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, kedua-dua tekong gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan dokumen kebenaran penggunaan kru warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

nelayan asing nelayan Myanmar perairan lumu perairan perak APMM Perak Maritim Malaysia Perak Maritim Perak nelayan asing nelayan Myanmar perairan lumu perairan perak APMM Perak Maritim Malaysia Perak Maritim Perak
Mereka yang ditahan berumur dalam lingkungan 20 hingga 36 tahun. foto ihsan MARITIM MALAYSIA PERAK

Jelas beliau, kesemua nelayan itu ditahan, manakala bot dan hasil tangkapan bersama peralatan menangkap ikan dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Tambahnya kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran, beroperasi kurang daripada 15 batu nautika.

Kes sama juga turut disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di negara ini tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.

“Maritim Malaysia menegaskan agar komuniti maritim sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil.

“Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Maritim Malaysia di talian Pusat Operasi Maritim Negeri Perak iaitu 05-6838737, atau MERS 999 untuk maklum balas segera,” katanya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

400 anggota, pegawai TLDM, APMM tamat ekseais bersama

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI