10,000 pengunjung dijangka meriahkan Fiesta Sungai Siput 2026

SUNGAI SIPUT – Seramai 10,000 pengunjung dari dalam dan luar Perak dijangka hadir bagi memeriahkan Fiesta Sungai Siput 2026 yang diadakan di kawasan hadapan Gelanggang Bola Keranjang, di sini bermula 1 hingga 3 Mei ini.

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, program itu dianjurkan melalui kerjasama strategik kerajaan negeri dengan Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Perak (PCCCI) Cawangan Sungai Siput sera Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK).

Menurutnya, penganjuran fiesta ini adalah kesinambungan komitmen kerajaan negeri dalam memperkasakan industri pelancongan di daerah Kuala Kangsar yang sememangnya terkenal sebagai antara destinasi pilihan pelancong domestik dan antarabangsa.

“Usaha berterusan melalui kolaborasi bersama pihak berkuasa tempatan dan persatuan komuniti dijangka mampu mengekalkan momentum pertumbuhan pelancongan di kawasan ini.

“Sepanjang tiga hari penganjuran, pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat akan diadakan antaranya termasuk pertandingan utama iaitu Pertandingan Kaligrafi Cina dan Pertandingan Mewarna.

10,000 pengunjung dijangka meriahkan Fiesta Sungai Siput 2026
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee meninjau keadaan jalan yang dikenal pasti sebagai lokasi penganjuran Fiesta Sungai Siput 2026 di hadapan Gelanggang Bola Keranjang, Sungai Siput, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 APRIL 2026.

“Selain itu, fiesta ini turut menampilkan kerjasama bersama Greenery Market yang akan menghimpunkan sebanyak 70 gerai jualan melibatkan makanan dan minuman, kraftangan serta produk tempatan.

“Inisiatif ini bukan sahaja merancakkan suasana acara, malah membuka peluang kepada usahawan tempatan untuk mempromosikan produk mereka kepada pengunjung dari dalam dan luar daerah,” katanya pada sidang media khas pada Sabtu.

Beliau berkata, pelbagai persembahan pentas turut diatur termasuk persembahan daripada Sekolah Seni Malaysia Perak, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Shing Chung dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Simpang Jalong.

“Pengunjung juga akan disajikan dengan pertunjukan api, persembahan gendang 24 musim, persembahan seni tukar muka, persembahan live band, kemunculan maskot Tahun Melawat Malaysia 2026 iaitu Wira dan Manja, serta pertunjukan bunga api pada malam penutup.

“Dalam masa yang sama, beberapa syarikat tempatan turut mengambil bahagian dengan mengedarkan produk mereka secara percuma kepada orang ramai sebagai tanda penghargaan dan sumbangan kembali kepada masyarakat,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Suasana Meriah Pesta Panjut X Piknik Moreh

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI