15 maut dalam serang terbaharu Israel ke atas Gaza

GAZA (Palestin) – Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh manakala lebih 70 lagi cedera pada Sabtu dalam serangan udara Israel yang mensasarkan Sekolah Al-Fakhoura di kem pelarian Jabalia di Gaza.

“Serangan udara Israel mensasarkan sebuah sekolah yang berfungsi sebagai tempat perlindungan bagi pelarian Palestin di Jabalia, mengakibatkan 15 kematian dan 70 cedera,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin Ashraf al-Qudra kepada Agensi Anadolu.

Sekolah Al-Fakhoura, yang ditadbir oleh Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) telah menempatkan beribu-ribu orang yang hilang tempat tinggal akibat pengeboman berterusan Israel di Semenanjung Gaza, kini berlanjutan hampir 30 hari.

Pengeboman berlaku di tengah-tengah serangan berterusan Israel ke atas Gaza yang mensasarkan infrastruktur awam, walaupun serangan sedemikian melanggar peraturan perang.

Serangan terbaharu termasuk pengeboman ke atas lebih banyak sekolah, dua ambulans, dan sekitar tiga hospital hingga menyebabkan kematian.

Selain itu, tangki takungan air di timur Rafah baru-baru ini turut dibedil rejim Israel.

— BERNAMA-ANADOLU

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI