266 terima anugerah sempena Majlis Apresiasi SPM, STPM, STAM 2025

IPOH – Seramai 266 penerima diraikan dalam Majlis Apresiasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2025 yang berlangsung di Hotel Kinta Riverfront, di sini, hari ini.

Mereka terdiri daripada pelajar, guru, sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang menerima pengiktirafan atas pencapaian cemerlang dalam peperiksaan awam tahun lalu.

Penghargaan tersebut disampaikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak, Zulkafli Mohamed Mokhtar dan Pengurus Besar Yayasan Perak (YP), Dr Nasreen Khanum Nawab Zadah Khan.

Antara penerima anugerah ialah pelajar cemerlang SPM, S. Thevasri, 18, yang memperoleh keputusan 11A+ dalam keputusan SPM 2025.

266 terima anugerah sempena Majlis Apresiasi SPM, STPM, STAM Perak
Penerima anugerah, S Thevasri, 18. Foto Syakir Yusof

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Abdul Wahab, Sungai Siput itu berkata, keputusan cemerlang itu turut melayakkan dirinya menerima tawaran Biasiswa Petronas untuk melanjutkan pengajian di Taylor’s College dalam Asasi Kejuruteraan.

“Saya berasa sangat gembira dan bersyukur kerana majlis ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada anak-anak Perak yang berjaya.

“Insentif yang diterima hari ini akan digunakan untuk membeli keperluan sebagai persediaan memasuki universiti.

“Selain itu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menganjurkan majlis ini, khususnya Kerajaan Negeri Perak kerana menghargai usaha dan pencapaian kami,” katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

266 terima anugerah sempena Majlis Apresiasi SPM, STPM, STAM Perak
Penerima anugerah, Nur Aina Shoffiyah Mohamad Rozi, 19. Foto Syakir Yusof

Sementara itu, bekas pelajar Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar, Nur Aina Shoffiyah Mohamad Rozi, 19, mengucapkan rasa syukur di atas penghargaan yang diberikan.

“Saya berasa sangat gembira, seronok dan amat bersyukur atas penghargaan ini. Insya-Allah saya akan melanjutkan pengajian di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam bidang Syariah,” ujar anak kelima daripada enam adik beradik itu.

Penerima Biasiswa Menteri Besar Perak itu turut memasang cita-cita untuk mengikut jejak langkah ibunya sebagai seorang guru agama selepas menamatkan pengajian. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Saarani seru pelajar terus bawa nilai kecemerlangan ke peringkat lebih tinggi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI