3.3 metrik tan ‘Bawang Perak’ sudah dituai, mula masuki pasaran

GOPENG – Perak bakal menjadi antara negeri pengeluar bawang merah kecil terbesar negara selepas 3.3 tan metrik tanaman itu berjaya dituai melalui projek rintis di Kampung Kuala Bikam, Sungkai.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, susulan itu bahan asas makanan itu akan memasuki pasaran tempatan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bermula Jumaat dan akan dijual pada harga RM10 sehingga RM12 per kilogram (kg).

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad bawang perak metrik tan pasaran tuai projek rintis sungkai Projek Rintis Tanaman Bawang, Kampung Kuala Bikam tanaman
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada sidang media Majlis Ramah Mesra dan Semarak Aidilfitri 2024 bersama warga Jabatan Pertanian Perak di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Gopeng. Foto ABDULLAH YUSOF, 9 MAY 2024.

Katanya, selain itu kerajaan negeri juga berhasrat untuk menjemamankan semula bawang berkenaan sebagai Bawang Perak bagi membezakan bawang import lain dalam pasaran.

“Memandangkan projek rintis ini bermula di Perak, kerajaan negeri berhasrat untuk menjenamakan bawang merah kecil ini yang sebelum ini dikodkan dengan BAW-1 oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sebagai Bawang Perak atau BP.

“Bawang Perak ini mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan bawang import yang berada di pasaran terutama daripada aspek kesegaran, kerangupan, warna isinya yang lebih merah serta aromanya yang kuat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita Majlis Ramah Mesra dan Semarak Aidilfitri 2024 bersama warga Jabatan Pertanian Perak di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), dekat sini, pada Khamis.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad bawang perak metrik tan pasaran tuai projek rintis sungkai Projek Rintis Tanaman Bawang, Kampung Kuala Bikam tanaman
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyaksikan simbolik penyerahan hasil bawang merah kecil tempatan yang dituai pada 3 April 2024 dan 17 April 2024 yang lepas oleh Pengarah Pertanian Negeri Perak Norsiyenti Othman (dua,kiri) kepada Pengarah FAMA Negeri Perak, Noorsham Ramly (dua,kanan) untuk menguruskan fasa pemasaran ke peringkat pengguna pada Majlis Ramah Mesra dan Semarak Aidilfitri 2024 bersama warga Jabatan Pertanian Perak di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Gopeng. Foto ABDULLAH YUSOF, 9 MAY 2024.

Pada majlis, Saarani menyaksikan simbolik penyerahan hasil bawang merah kecil tempatan yang dituai di ladang Projek Rintis Tanaman Bawang, Kampung Kuala Bikam di Sungkai pada 3 April sehingga 17 April lalu.

Simbolik penyerahan dilakukan Pengarah Pertanian Negeri Perak Norsiyenti Othman kepada Pengarah FAMA Negeri Perak, Noorsham Ramly.

Jelas Saarani lagi, susulan usaha itu, Jabatan Pertanian dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) turut mengenal pasti lokasi lain di negeri ini untuk penanaman bawang merah kecil itu, selain di Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Johor.

Ujar beliau, beberapa lokasi di Daerah Batang Padang dan Kinta yang berkeluasan berjumlah 8 hektar telah dikenal pasti bagi inisiatif itu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika hadir pada Majlis Ramah Mesra dan Semarak Aidilfitri 2024 bersama warga Jabatan Pertanian Perak di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Gopeng. Foto ABDULLAH YUSOF, 9 MAY 2024.

“Perkara ini tercetus selepas kita mengambil kira pengalaman ketika COVID-19 yang mana pihak pembekal bawang tidak boleh mengimport tanaman itu ke negara kita, dan ia mengakibatkan harganya melambung tinggi.

“Dan kini, usaha Jabatan Pertanian Negeri dalam melaksanakan inisiatif tanaman bawang merah kecil ini membuahkan hasil.

“Berkenaan harga, sekiranya kita berjaya menghasilkan dengan lebih banyak, maka mungkin nanti ia dapat dijual pada harga lebih murah,” ujarnya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Hasil pertama projek perintis tanaman bawang berjaya dituai

Perak perluas tanaman bawang di Lambor

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI