86 lokasi tanah mendap di Daerah Kinta dan Kampar dikenal pasti

IPOH – Kerajaan Negeri Perak telah mengenal pasti 86 lokasi tanah mendap di daerah Kinta dan Kampar, menurut Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menurut Mohammad Nizar, ke semua lokasi berkenaan berjaya dikenal pasti hasil daripada penyelarasan dan pemantauan pihak berkenaan melibatkan perunding dan kontraktor di kawasan terlibat.

“Kawasan-kawasan yang sering menghadapi isu tanah mendap di Lembah Kinta mengikut data kejadian lubang benam dan tanah mendap oleh Jabatan Mineral dan Geosains adalah merangkumi kawasan Manjoi dan Lahat serta daerah Kampar.

“Kesemua kawasan ini di dasari oleh batu kapur Kinta dan merupakan kawasan bekas lombong yang telah ditebus guna untuk pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Wong Chai Yi (PH – Simpang Pulai) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Rabu.

Mohammad Nizar berkata, kerajaan melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan telah melaksanakan sistem Prosedur Pusat Setempat (OSC) dimana setiap permohonan pembangunan akan di ulas oleh agensi berkaitan sebelum sesuatu permohanan pembangunan terutamanya Skim Perumahan diluluskan.

Ujar beliau, dalam konteks Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), setiap permohonan perlu disertakan dengan laporan siasatan tanah / tapak untuk diulas oleh JMG berkaitan kesesuaian tapak atau tanah untuk dimajukan.

Katanya lagi, JMG juga akan memberikan khidmat nasihat teknikal berdasarkan laporan yang disediakan oleh pihak pemaju berkaitan.

“Sebagai contoh, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Majlis Daerah Kampar telah mensyaratkan kajian geofizik dilaksanakan terlebih dahulu sebelum sesuatu skim perumahan itu dimajukan.

“Berdasarkan dapatan daripada kajian tersebut, langkah-langkah mitigasi yang bersesuaian dapat ditentukan bagi mengurangkan risiko pemendapan dan lubang benam yang mungkin berlaku selepas pembinaan,” katanya.

Mohammad Nizar turut menasihati penduduk di ke semua 86 lokasi berkenaan agar segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku mendapan di kawasan kediaman mereka.

“Bagi memastikan mendapan tidak berterusan jabatan tertentu bersama perunding dan kontraktor di kawasan terlibat akan memastikan ia tidak berterusan dan perlu dihentikan.

“Justeru itu, kerja-kerja pemantauan akan dibuat dari masa ke semasa dan kita juga memohon kepada pemilik rumah sekiranya berlaku mendapan di kawasan taman atau jalan dan tanah rizab sila maklumkan dengan kadar segera,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tragedi runtuhan Gunung Cheroh ibarat igauan ngeri

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI