86 warga asing diabaikan majikan diselamatkan di Perak

IPOH – Seramai 86 warga asing yang diabaikan majikan diselamatkan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dalam tiga operasi berasingan di Perak, yang dijalankan serentak pada pagi Isnin.

Operasi Penguatkuasaan Perburuhan Bersepadu yang menyasarkan kawasan pembinaan itu berjaya menyelamatkan 52 warga asing di Ipoh, 17 di Sitiawan serta 17 di Tapah.

Ketua Pengarah JTKSM, Kamal Pardi berkata, daripada jumlah itu, kesemua mereka didapati merupakan warganegara Bangladesh, Myanmar dan Indonesia.

Beliau berkata, antara kesalahan yang dikesan adalah tiada perakuan penginapan pekerja, kegagalan melapor penggajian pekerja asing serta warga asing yang masuk secara berpermit tetapi tidak diberikan pekerjaan.

pekerja asing abai perak diselamatkan pekerja asing warga asing JTKSM Kamal Pardi Pengarah pekerja asing abai perak diselamatkan pekerja asing warga asing JTKSM Kamal Pardi Pengarah pekerja asing abai perak diselamatkan pekerja asing warga asing JTKSM Kamal Pardi Pengarah
Ketua Pengarah, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Kamal Pardi mengetuai satu Ops Penguatkuasaan Perburuhan (OPP) secara bersepadu di Meru, Perak. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 DISEMBER 2023.

“Ada antara mereka yang sudah dua minggu berada di negara ini namun hanya tinggal di rumah kongsi (tanpa sebarang pekerjaan).

“Selain itu, berdasarkan pemeriksaan keadaan rumah kongsi juga tidak kondusif iaitu warga asing ini tidur beralaskan lantai dan tikar getah sahaja.

“Justeru, warga asing yang terabai yang iselamatkan kita akan bantu mendapatkan pekerjaan sama ada di syarikat sama atau penempatan pekerjaan di syarikat lain,” katanya.

pekerja asing abai perak diselamatkan pekerja asing warga asing JTKSM Kamal Pardi Pengarah pekerja asing abai perak diselamatkan pekerja asing warga asing JTKSM Kamal Pardi Pengarah pekerja asing abai perak diselamatkan pekerja asing warga asing JTKSM Kamal Pardi Pengarah
Ketua Pengarah, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Kamal Pardi ketika sesi sidang media pada satu Ops Penguatkuasaan Perburuhan (OPP) secara bersepadu di Meru, Perak. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 DISEMBER 2023.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Operasi Penguatkuasaan Perburuan Bersepadu Ke Atas Sektor Pembinaan di rumah kongsi di sebuah kawasan pembinaan berhampiran Taman Jati, Meru dekat sini, pada Isnin.

Operasi yang bermula sekitar jam 7.50 pagi itu turut melibatkan Polis, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Ketika serbuan berkenaan beberapa pekerja warga asing didapati cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan semula oleh pihak berkuasa selepas itu.

pekerja asing abai perak diselamatkan pekerja asing warga asing JTKSM Kamal Pardi Pengarah pekerja asing abai perak diselamatkan pekerja asing warga asing JTKSM Kamal Pardi Pengarah pekerja asing abai perak diselamatkan pekerja asing warga asing JTKSM Kamal Pardi Pengarah
Penguatkuasa Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) melakukan satu Ops Penguatkuasaan Perburuhan (OPP) secara bersepadu di Meru, Perak. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 DISEMBER 2023.

Kamal menjelaskan, majikan terbabit akan didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446], serta Subseksyen 60K (3) akta sama.

Dalam pada itu, beliau berkata, hasil operasi yang dijalankan lokasi itu, pihak berkuasa berjaya mengesan 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan tujuh pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Tambah beliau, sementara seorang PATI dikesan dalam operasi di Sitiawan manakala di Tapah, lapan PATI dan dua pemegang kad UNHCR dikesan.

pekerja asing abai perak diselamatkan pekerja asing warga asing JTKSM Kamal Pardi Pengarah pekerja asing abai perak diselamatkan pekerja asing warga asing JTKSM Kamal Pardi Pengarah pekerja asing abai perak diselamatkan pekerja asing warga asing JTKSM Kamal Pardi Pengarah
Penguatkuasa Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) melakukan satu Ops Penguatkuasaan Perburuhan (OPP) secara bersepadu di Meru, Perak. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 DISEMBER 2023.

Mengulas lanjut tentang operasi di Meru, Kamal berkata, PERKESO turut mengambil tindakan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 kerana tiada caruman pekerja dilakukan.

“Manakala di bawah JIM, beberapa kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dikesan dan akan disiasat secara terperinci antaranya termasuklah tiada dokumen sah dan tinggal lebih masa.

“Manakala bagi CIDB, kesalahan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 [Akta 520] telah dikesan dan notis penutupan tapak selama tujuh hari dikenakan.

“MBI pula akan melakukan semakan kelulusan berhubung pembinaan bangunan dan juga lesen penginapan,” jelas beliau.-MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

114 warga asing bekerja tanpa permit ditahan Imigresen Johor

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI