1.2 juta penjawat awam sudah selesai kemas kini PADU

KUALA LUMPUR – Sejumlah 1.2 juta penjawat awam di seluruh negara telah selesai mengemaskini profil sosioekonomi di Pangkalan Data Utama (PADU) setakat 15 Februari 2024.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, sehingga kini bilangan pengemaskinian PADU bagi individu berdaftar secara kumulatif di Malaysia adalah 3.43 juta.

Angka ini meliputi warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan lebih serta pemastautin tetap.

“Pendaftaran PADU berbaki 43 hari akan dibuka sehingga 31 Mac 2024. Rakyat Malaysia dinasihatkan agar tidak melaksanakan pengemaskinian PADU pada saat-saat akhir kerana ia akan mengakibatkan kesesakan pada sistem,” katanya.

Artikel berkaitan:

Perak sasar 1.8 juta penduduk daftar PADU

Perak akan bantu penduduk pedalaman, Orang Asli daftar PADU

Jabatan Perangkaan telah menjalin kerjasama strategik bersama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) baru-baru ini bagi membolehkan 60 buah Perpustakaan Desa (PD) dijadikan sebagai pusat pendaftaran tambahan untuk PADU di samping lebih 900 Pusat Ekonomi Digital (PEDi), Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC).

Sementara itu, bagi membantu pengemaskinian secara kendiri, sila hubungi talian hotline 1-800-88-7720 / 21 yang beroperasi bermula 8 pagi sehingga 9 malam setiap hari.

Sebarang maklum balas, aduan, penghargaan, pertanyaan serta cadangan penambahbaikan berkenaan sistem dan mekanisme pelaksanaan PADU boleh disalurkan kepada Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) PADU https://padu.spab.gov.my. – MalaysiaGazette

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI