Polis sahkan rakam keterangan ibu Kor Ming serta enam individu lain

MANJUNG – Polis selesai merakam keterangan ibu kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berhubung nota berbaur ugutan yang ditemukan bertaburan di ruang hadapan rumah ibunya, di Ayer Tawar, Manjung, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, wanita berusia 76 tahun itu antara tujuh individu yang telah diambil keterangan bagi mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian itu.

Katanya, bagaimanapun setakat ini pihaknya masih belum mengenal pasti suspek yang terbabit dalam insiden tersebut.

“Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan kita masih mengesan suspek berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Jumaat.

Semalam MG Perak melaporkan, ruang hadapan rumah ibu kepada Kor Ming dihujani nota berbaur ugutan di Ayer Tawar, Manjung.

Mohamed Nordin berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu sekitar jam 10.15 pagi oleh ibu menteri terbabit.

“Dalam kejadian sekitar jam 7.30 pagi itu, ketika ibu menteri berkenaan keluar rumah, dia mendapati banyak kertas bertaburan di hadapan rumah dengan tulisan ‘Nga Kor Ming jangan cabar islam’ dan percaya perkataan tersebut mempunyai niat yang tidak baik,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Nota ugutan Jangan Cabar Islam di hadapan rumah ibu Kor Ming

DAP Perak kutuk tindakan hantar nota ugutan di rumah ibu Kor Ming

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI